Tingkat Tahap Keselamatan LPT2

2323

Oleh : Mohd Tishaah

KEMAMAN – Pihak Pengurusan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT 2) digesa mengambil tindakan segera meningkatkan tahap keselamatan, demi keselamatan pengguna LPT 2.
Ahli Jawatankuasa PAS Kemaman Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, keadaan prasarana terutamanya pagar banyak yang rosak.

Katanya, terdapat pagar yang menggunakan besi ‘C channel’ yang amat mudah tumbang berbanding tiang berkonkrit yang lebih berat dan kukuh.

“saya turun sendiri meninjau keadaan prasarana dan mendapati banyak kerosakan terutama pagar yang menyebabkan haiwan boleh melepasi lebuh raya, ini amat membimbangkan saya dan pengguna lain,

“terowong jambatan berhampiran Sungai Itam, Kampung Chaban Kerteh juga banyak pagar yang telah roboh dan ada yang terbuka tiada pintu pagar,”ujarnya.

Justeru itu, beliau menggesa pihak pengurusan LPT2 pagar yang dibina dengan bahan yang tidak sesuai itu agar sebarang pencerobohan de dalam kawasan lebuh raya dapat di elakkan.

“menggunakan besi C channel yang amat mudah tumbang tidak kukuh……saya meminta pihak LPT 2 menimbang balik kesesuaian penggunaan besi ‘C channel’ itu,”tambah beliau.

Ir Saiful Azmi menegaskan, pihak pengurusan LPT2 mesti mencari jalan samada jangka masa pendek maupun panjang, bagi menyelesaikan isu tersebut.

“supaya keselamatan para pengguna LPT2 bukan sahaja dilihat terjamin tetapi memang terjamin,”tegasnya.

Sehubungan itu, seorang penduduk tempatan, Yusoff Ghani, 53, berkata, titik pagar runtuh itu merupakan laluan binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing untuk mencari makanan dalam kawasan LPT2.

“ia amat merbahaya jika ada yang melintasi pagar runtuh itu dan memasuki lebuhraya….sebagai salah seorang pengguna LPT2 saya meminta pihak Pengurusan LPT 2 mengadakan perbincangan dengan penduduk berdekatan,

“bagi mencari jalan menyelesaikan yang boleh menjamin keselamatan para pengguna LPT 2 keseluruhannya,”saran Yusoff.
Beliau memaklumkan, ada perjumpaan yang diadakan sebelum dengan penduduk di Kampung Chabang.

Namun begitu, katanya, selepas LPT2 diserahkan kepada syarikat pengurusannnya, tiada lagi program seumpama itu.