Rakyat Terengganu Tidak Juga Makmur Walau ECER Terima Pelaburan RM7 Bilion

1126

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Laporan Ekonomi 2015/2016 yang diterbitkan kerajaan (Laporan BERNAMA) antara lain memetik seperti berikut:

“Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menarik pelaburan berjumlah RM78 bilion sejak dimulakan pada 2007, menyumbang 71% daripada jumlah sasaran sebanyak RM110 billion 2020.”

Hal ini menarik untuk dikenal pasti negeri negeri mana yang berada di bawah ECER?

Dari situ berapa billionkah pelaburan diterima oleh negeri negeri berkenaan?

Kelantan berapa billion terima pelaburan? Terengganu berapa billion? Pahang berapa billion?

Di Terengganu yang diperintah oleh UMNO, mana satukah pelaburan besar yang diterima?

Exxon Mobil sudah keluar dari Terengganu beberapa tahun lalu. Begitu juga beberapa syarikat besar yang lain. Perwaja pun sudah tidak ketentuan.

Yang disebut-sebut pembangunan KTCC menarik pelbagai pembangunan dalam pelbagai sektor perhotelan di Seberang Takir, Kerajaan Terengganu kini seperti was was dengan pelaburan yang dicanangkan.

KTCC sarat dengan gambaran artis menunjukkan pelbagai bentuk bangunan bangunan tinggi hotel.

Kalau tidak masakan tiba tiba diumumkan sedang mempertimbangkan pembangunan industri petroleum di Seberang Takir, tapak yang hampir serupa lokasi pelaburan KTCC?

Sudah tentu ada percanggahannya lokasi kawasan peranginan dan perhotelan dengan lokasi perindustrian untuk industri petroleum.

Yang nyata yang berbelanja besar membina bangunan tinggi sekarang adalah Kerajaan Terengganu sendiri melalui agensi agensinya.

Sebahagiannya sedang bermasalah ketiadaan sambutan walau berada dilokasi terbaik di tengah tengah pusat bandar.

Atau adakah pelaburan yang banyak itu sebenarnya di Kelantan?

Atau adakah pentadbiran Datuk Seri Najib salurkan ke negerinya Pahang seperti yang dilakukan dengan royalti petroleum dari kawasan perairan PM307 Bertam milik Terengganu?

Pelaburan RM78 billion adalah sesuatu yang sepatutnya diterjemah dalam bentuk fizikal yang boleh dilihat oleh rakyat, dinikmati dalam bentuk peluang ekonomi dan pekerjaan untuk rakyat serta peningkatatan taraf kehidupan dan kemakmuran rakyat.

Ia boleh dilihat melalui statistik kadar pendapatan isirumah, kadar kemiskinan, kadar pengangguran, pemilikan rumah dan hartanah.

Adakah angka petunjuk petunjuk tersebut semakin baik di negeri negeri berkenaan?

***HJ. AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat