PPR Hiliran; Rakyat Mangsa Politik Murahan Umno Terengganu

4454

Oleh : Azizah Mahmood

Slogan ‘Rakyat Didahulukan’ hanya tinggal slogan dan begitu jelas bahawa nasib rakyat Terengganu kini di perjudikan oleh pemimpin yang mereka pilih untuk membela nasib mereka.

Penghuni PPR Padang Hiliran yang kesemuanya berjumlah 1002 buah rumah melahirkan kekesalan dengan kenyataan Menteri Besar Haji Razif Ahmad baru baru ini yang mengatakan status sewa akan jadi sewa beli, sekiranya BN menang PRU-14 di Kuala Terengganu.

“semuanya politik, rakyat jadi mangsa……….tidak kena mengena dengan menang dalam pilihanraya baru nak beri status hak milik, dulu janji lain……”keluh Osman Ahmad (bukan nama sebenar) ketika di temui di tapak tempat letak kereta kompleks perumahan itu.

IMG-20160823-WA0064Beliau yang berusia 56 tahun, mula memasuki rumahnya bulan Mei tahun 2015.

Tinjauan keadaan penghuni di Blok C sedikit menyedihkan, apabila didapati hanya sebuah lif berfungsi dan menjadi agak sibuk penggunaannya di waktu pagi dan petang.

“lif selalu rosak dan sekarang satu berfungsi dan masa puncak waktu pagi amat sesak sekali, kipas rumah baru dipasang setelah hampir setahun duduk, semuanya menjadi (hidup) lebih sukar,

“tapi bila MB sebut sewa akan kekal selagi BN Terengganu tak menang, nampak sangat campur tangan politik dan rakyat jadi taruhan,”kata seorang penghuni yang mahu dikenali sebagai Wan sahaja.

Beliau yang berusia 45 tinggal bersama isteri dan seorang anak.

Menurutnya, rumah tiga bilik yang diidamkan menjadi hak milik mereka, kini masih belum menjadi realiti.

Seorang penghuni yang mendakwa beliau adalah ketua blok salah satu dari tiga tersebut berkata, mereka diberi tempoh selama tiga tahun, bagi menentukan status masing-masing.

“kita tidak boleh nak cakap kerajaan menipu selagi masa belum sampai tiga tahun. Itu tempoh matang untuk kita buat penilaian samada layak dibuat sewa beli,

KUALA TERENGGANU 20 JANUARY 2015. Projek perumahan daripad kerajaan pusat untuk rakyat Terengganu di Jalan Hiliran (Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Kuala Terengganu) yang siap dibina. NSTP/ASWADI ALIAS.

“Kelayakan bergantung pada urusan bayaran selama tiga tahun dan bergantung samada ada atau tidak masalah hutang tertunggak. Masalah ulasan MB itu sepatutnya kita berusaha untuk cuba menilai apa yang telah kerajaan negeri bagi kepada rakyat.

“Soal sewa beli tempat kedua, kat luar sana kita menyewa jugak, tapi tak timbul masalah, jadi apa salahnya kita sabar sikit tunggu pilihanraya yang dah tak lama,”katanya yang membahasakan dirinya sebagai ‘Pok Pin’.

Jelaslah bahawa, janji pada manifesto dulu sekadar ‘janji untung memancing undi’ plihan raya.

Dan kini, saat hampir kepada PRU-14, ‘umpan’ dilempar lagi menunjukkan lemahnya kerajaan Barisan Nasional Terengganu hari ini.