Perjalanan Yang Jauh Dan Ujian Yang Getir

1627

Misi Kemanusiaan Ke Yaman

Oleh : SMN

Salalah, OMAN – Misi Bantuan Kemanusiaan sebuah NGO, Yemeni Care, terpaksa menempuh perjalanan panjang dan ujian getir apabila mereka terpaksa melalui jalan darat dari Muscat ke Yaman dan ditahan oleh pihak Imigresen Oman, sekembalinya dari Yaman.

Saifullah HasbuPengarahnya Saifullah Hasbu berkata, misi sulung itu bertitik tolak dari episod kezaliman dan kemelut pertelingkahan yang kian berlarutan, di bumi Yaman, hingga berlaku perang saudara yang mengorbankan ribuan nyawa.

Katanya, seramai empat orang ahli misi termasuk seorang wartawan dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) terpaksa menaiki bas yang mengambil perjalanan selama 12 jam ke bandar Salalah, Oman.

“Perjalanan kami ke Yaman terpaksa melalui jalan darat disebabkan semua pintu masuk utama melalui udara masih ditutup oleh pihak pemberontak yang menguasai ibu negara, Sana’a.

“dari Salalah, menaiki bas selama 12 jam pula, kami berjaya melepasi sempada Yaman dan tiba di bandar Seiyun yang terletak di Hadramaut,”ujarnya.

Sampai Di Hadramaut Pada 7 Ogos, delegasi Yemeni Care tiba di bandar dan disambut oleh Ketua Penyelaras Yayasan Islah bagi Wadi Hadhramaut Encik Munir Ewad Hud, pegawai sebuah NGO tempatan, yang memberikan khidmat dan kebajikan kepada pelarian.Dr Salleh Ahmed Yemeni Care

Tidak ada pergolakan yang berlaku di wilayah Hadramaut, namun peperangan diwilayah berjiran dengannya menyebabkan ia menjadi tempat tumpuan pelarian.

“Sejak tercetusnya perang saudara, Yayasan Islah di Seiyun telah menerima ramai pelarian dari seluruh pelusuk Yaman.

“Jam’iyah (Yayasan) Islah juga memainkan peranan penting dalam membantu para pesakit dan pejuang yang tercedera akibat peperangan khususnya warga dari wilayah Ma’rib, iaitu sebuah wilayah yang paling hampir dengan Sana’a,”jelas Encik Munir

Pada keesokannya, Rombongan Yemeni Care dibawa meninjau ke sebuah hospital swasta Bin Zeela, yang banyak merawat para pejuang dari wilayah Ma’rib, wilayah bersebelahan dengan Hadramaut.

Pegawai Hubungan Luar Yayasan Islah, Encik Abdul Qadir Ba Salamah yang meniringi kami berkata, ramai pesakit atau para pejuang yang tercedera dibawa ke hospital tersebut.Saifullah sampaikan sumbangan kepada Munir

Kami kemudiannnya dibawa beliau bertemu dengan pelarian yang diuruskan oleh Yayasan Islah di sekitar bandar Seiyun.

“Kaedah pengurusan pelarian di Seiyun agak berbeza dengan tempat-tempat lain kerana Para pelarian diberikan tempat tinggal sementara, dirumah-rumah yang disewa oleh Yayasan Islah,”ujar Abd Qadir.

Sementara itu, Saifullah yang juga bekas pelajar Malaysia di Yaman berkata, Yemeni Care telah memberikan sumbangan yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia kepada Yayasan Islah bagi membeli makanan keperluan harian para pelarian.

“kita telah sumbangan sebanyak USD 5,000 kepada Yayasan Islah di Seiyun untuk membantu kebajikan, membeli barangan makanan keperluan harian kepada para pelarian,”ujar Saifullah selepas majlis ringkas yang diadakan dipejabat Yayasan Islah, di Seiyun.

Menghampiri Medan PerangIMG-20150816-WA0079

Setelah menyelesaikan keperluan di bandar Seiyun, rombongan Yemeni Care mahu melanjutkan ke bandar Ma’rib dan terus ke ibu negara Yaman, Sana’a.

Pada 10 Ogos, 2015, kira-kira jam 6.30 pagi, kami meneruskan perjalanan ke wilayah Ma’rib dengan dua kenderaan pacuan empat roda yang disediakan oleh Yayasan Islah.

Perjalanan ke Wilayah Ma’rib yang kaya dengan sumber asli, mengambil masa selama 5 jam merentasi kawasan bukit bukau dan gurun pasir.

Kira-kira beberapa puluh kilometer dari bandar Seiyun, konvoi Yemeni Care melintasi kawasan kota Shibam, sebuah kota berdinding, dibangunkan dengan bata daripada lumpur tanah.

Menurut pemandu kenderaan yang membawa rombongan, Mohammad Jam’an, binaan Shibam dikesan kewujudannya sejak abad ketiga masihi lagi.

Katanya, ia dihuni oleh lebih 7,000 orang penduduk dan telah disenaraikan oleh badan UNESCO sebagai salah satu binaan bersejarah.IMG_4067 (2)

Kami sampai di bandar Ma’arib pada jam 12 tengah hari. Selepas makan tengahari, kami dibawa melawat ke Hospital Besar Ma’rib, sebuah hospital kerajaan yang telah dibom ketika serangan pada bulan Ramadhan yang lalu.

Hospital itu kini yang tutup sepenuhnya, menyebabkan para pesakit dan para pejuang Ma’rib yang cedera terpaksa, samada dihantar ke Arab Saudi atau pun ke bandar Seiyun.

Soleh al-Musai, pengiring kami di Ma’rib memberitahu, walaupun Ma’rib banyak memiliki hasil bumi, seperti gas dan minyak serta sumber air namun, Ma’rib amat ketinggalan dari segi pembangunan.

Di Ma’rib terdapat sebuah empangan yang menyalurkan bekalan air ke seluruh Yaman dan daripada gas dan minyak yang dihasilkan dibumi Ma’rib, kerajaan Yaman telah membina sebuah janakuasa elektrik yang menerangi rumah-rumah penduduk juga ke seluruh Yaman.

Oleh kerana itu, Ma’rib adalah wilayah penting, yang menjadi perebebutan antara pihak yang bertelagah.IMG_4048 (2)

Menurut al-Musai, perang berterusan sedang berlaku di kawasan empangan yang terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar Ma’rib.

Sewaktu kami mengunjungi Hospital Besar Ma’rib, kami dapat mendengar bunyi dentuman kuat bom-bom mortar yang meletup dikawasan tersebut.

Soleh al-Musai memanggil kami supaya cepat-cepat meninggalkan kawasan tersebut dan sepanjang malam dari tempat tinggal kami di sebuah madrasah, kami masih mendengar letupan dari senjata dan bom serta melihat api dari kejauhan.

Rancangan ke Sana’a Dibatalkan Keesokannya, kami dibawa melawat kem penempatan pelarian di Wadi Zanah, kira-kira 4 kilometer ke selatan bandar Ma’rib.

Lebih 1,000 orang pelarian tinggal dalam khemah-khemah yang didirikan untuk penempatan sementara para pelarian di Wadi itu.Memberikan sumbangan kepada wakil pelarian di wadi zanah

Di situ, kami disambut mesra oleh mereka dan diberikan taklimat oleh Ahmad Ali Salem Rabea, salah seorang pemimpin diantara pelarian di situ.

Sebelum perang, Ahmad adalah seorang wartawan yang menganggotai ‘Yemen Journalist Syndicate’.

Beliau yang tinggal di Sana’a, terpaksa melarikan diri dari ibu negara Yaman itu setelah diserang oleh pemberontak Houthi.

“saya terpaksa lari kerana perang dan bandaraya Sana’a telah dikuasai oleh Houthi, saya pada mulanya lari ke Sarwah, bandar sempadan antara wilayah Sana’a dan Ma’rib,

“kemudian ke sini dan di berikan kawasan ini untuk membina semula kehidupan,”ujarnya.

Beliau menasihatkan kami agar tidak meneruskan perjalanan ke Sana’a kerana menurutnya keadaan di sana sangat bahaya dan terdapat laporan pihak pakatan negera-negara Arab yang diketuai oleh Arab Saudi akan mengebom Sana’a.

Justeru selepas Yemeni Care menyampaikan sumbangan, hasil derma dari rakyat Malaysia sebanyak USD 5,000 kepada penduduk disitu, kami terus berpatah balik menuju ke Hadramaut.

Ditahan Oleh Imigresen Oman11885094_10153094982333583_9082815821839511087_n

Pada 13 Ogos 2015, selepas berbincang, Pengarah Yemeni Care Saifullah Hasbu memutuskan supaya kami menamatkan misi dan berhasrat untuk kembali ke Oman, setelah kesemua amanah infak dari rakyat Malaysia kami agihkan.

“kita terpaksa menamatkan misi ini dan tidak meneruskan perjalanan ke bandar-bandar lain seperti Sana’a dan Aden kerana faktor keselamatan,

“in sha Allah kita akan kembali lagi untuk Misi kedua, apabila keadaan telah terkawal,”ujarnya

Namun begiu, apabila tiba di sempadan Yaman-Oman, perjalanan kami tersekat dan sekali lagi kami diuji.

Pelepasan untuk memasuki pintu Oman tidak berjaya meskipun kami membawa surat rasmi daripada pihak Kedutaan Malaysia.IMG-20150817-WA0142

“Kami ditahan beberapa hari sehingga akhirnya, pada 17 Ogos jam 3 petang (waktu tempatan) barulah kami di lepaskan,

“Setelah beberapa kali kami menghubungi kedutaan Malaysia Yaman dan dihubungi oleh Timbalan Menteri Luar, atas usaha pihak media, wartawan yang menyertai kami,”kata beliau.

Namun begitu, pelepasan delegasi Yemeni Care bersyarat dan dikawal ketat oleh pihak tentera Oman.

Empat ahli rombongan bersama enam orang rakyat Malaysia yang lain, mesti menunjukkan tiket penerbangan pulang sah dan dihantar sehingga lapangan terbang serta stesen bas di bandar Salalah.

Tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukan, hanya kerana masuk ke Yaman menghantar bantuan dari rakyat Malaysia.

Namun, polisi kerajaan Oman agak keras, dengan ‘pukul rata’, dikira semuanya, sesiapa sahaja warga asing yang keluar dari Yaman untuk memasuki Oman, wajib ditahan!