Pelantikan Awang Tera; Umno Tidak Relevan

1033

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat menyifatkan perlantikan bekas ADUN Dato’ Awang Tera sebagai Penyelaras DUN tersebut adalah petunjuk ‘indeks perbalahan’ dalam parti Umno.

Menurutnya, ‘pergelutan’ dalaman Umno memberikan isyarat bahawa ‘parti usang’ itu sudah semakin ditolak rakyat.

“malah ia akan sekaligus membuatkan rakyat Chukai semakin ‘geli geleman” dengan Umno,”ujarnya mengulas laporan media tentang perkara tersebut.

Beliau berkata, penduduk Chukai bukan saja menolak kepimpinan Umno tetapi turut menolak kehadiran Umno-BN dipersada politik parlimen Kemaman.

“Umno sudah tidak relevan di Chukai…………pertukaran penyelaras DUN ini juga membuktikan Umno sudah ketandusan pemimpin khususnya di Chukai dan amnya di Kemaman,”jelasnya.

Katanya, dalam saat rakyat dihimpit dengan kos sara hidup yang melampau dan ramai yang hilang pekerjaan akibat kejatuhan harga minyak, peminpin Umno masih seronok untuk ‘melebarkan’ kehidupan masing-masing.