Krisis Yaman; Pelajar Malaysia Harap Kedutaan Jadi ‘Orang Tua

551

Keadaan Makin berlarutan sehingga berpulu-puluh kereta kebal memasuki bandar Sanaa sekitar jam 2 pagi semalam.

Askar pemberotak syiah Houthi makin rancak berbalas tembakan dengan tentera parti Islah.

Dentuman demi dentuman..Salakan demi salakan..Silih berganti.

Akses yang kurang membantukan usaha untuk mengemaskini maklumat..Maaf.. حسبنا الله ونعم الوكيل

Yaman kini dilanda bukan hanya dilanda krisis politik, tetapi peperangan diantara Syiah Houthi dengan Parti Islah ( Parti Islam di Yaman ).

Syiah Houthi telah menyerang Jalan 30 dan sebenarnya sasaran  mereka adalah Universiti al-Iman yang terletak di Jalan 30.

Kebanyakan penempatan Pelajar Malaysia adalah di kekitar Jalan 30 dan tekini tentera pemberontak Houthi telah memasuki kawasan perumahan pelajar Malaysia.

Alhamdulillah pihak Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman (PERMAYA) telah berusaha memindahkan pelajar ke penempatan sementara yang lebih selamat.

Tetapi selepas azan maghrib waktu tempatan, Syiah Houthi telah mula bergerak ke kawasan penempatan sementara kami.

Para pelajar sangat kecewa dengan tindakan ‘sejuk’ pihak kedutaan Malaysia seumpama sejuknya musim diyaman sekarang.

400 Pelajar Malaysia yang terkandas cuba bergerak ke kedutaan Malaysia untuk berlindung dihadapan pintu kedutaan Malaysia tetapi malangnya pintu dikunci dan tidak dibuka.

Setelah hampir 2 jam dan setelah dibuat perundingan akhirnya mereka seakan terpaksa menumpangkan para pelajar.

“Kami berharap agar kedutaan Malaysia dan memainkan peranan sebagai ” Orang Tua ” disini,”ujar seorang pelajar