“Jawatan Timbalan Exco Suatu Penghinaan Yang Memalukan,”Kata Ahmad Said

976

Mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said menyifatkan jawatan Timbalan Exco yang ditawarkan kepadanya oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman adalah sesuatu ‘penghinaan yang memalukan’.

Beliau menjelaskan, sebab itulah beliau menolak pelawaan kerajaan negeri Terengganu itu.

“Cuba bayangkan sendiri…………saya telah menjadi Menteri Besar dan kini saya dilantik sebagai timbalan Exco. Adakah kamu akan menerima sesuatu yang lebih rendah? Ia memalukan dan menghina, “katanya dipetik sebuah portal berita.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan beliau pada sidang media sempena majlis Raya Perkasa di Taman Melati semalam.

IMG-20160722-WA0002Sebelum itu, dalam rombakan portfolio exco kerajaan negeri, ADUN Kijal itu, telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perumahan dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan.

Ahmad Said berkata, walaupun dia tidak menerima secara rasmi surat pelantikan namun beliau menyedari namanya disenaraikan dan dia tidak bersetuju dengan pelantikan itu.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau akan terus menjadi ahli Umno selagi parti itu menerimanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika Umno merasakan bahawa tindakannya melanggar peraturan parti, mereka mempunyai hak untuk memecatnya.

“Buat masa ini saya masih ahli Umno dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Iaitu, jika saya tidak dipecat. Jika saya lakukan sesuatu yang parti (Umno) merasakan saya telah melanggar peraturan, sila pecat saya, “katanya kepada pemberita.

Ahmad yang terpaksa meletak jawatan sebagai menteri besar dua tahun lalu, dilantik sebagai Ketua Perkasa Terengganu baru-baru ini.