Isu Mubaligh Kristian Adalah Polemik Menjelang PRN Sarawak

1896

MARANG – Isu mubaligh Kristian dianggap sebagai polemik menjelang Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak berikutan ucapan Presiden PAS mengenai perkembangan gereja-gereja Kristian, terutama di Eropah berdasarkan laporan media.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan kecaman MCA yang dibuat oleh Pengerusi Biro Keharmonian Agama Datuk Seri Ti Lian Ker adalah kenyataan politik semata-mata.

Hakikatnya, menurut beliau, gereja-gereja di England termasuk di negara Jerman terbiar hingga ada yang terpaksa dijual kepada orang Islam suatu ketika dahulu.

abdul hadi 220116“Saya hanya melaporkan berita sebenarnya. Apa yang berlaku hari ini gereja-gereja di England naik ‘rok’ (semak), naik hutan…orang tidak pergi. Termasuk gereja di Jerman, saya pergi melawat tengok (sendiri) memang naik semak. (Bahkan) ada yang jual (gereja) dan orang Islam beli.

“Di Leicester iaitu suatu Bandar yang ada empat gereja dan tiga orang Islam telah beli. Dua jadi masjid dan satu jadi sekolah, orang Islam buat sekolah agama.

“(Sekarang) terpaksa dia (kerajaan) keluar undang-undang tidak boleh jual gereja. Kemudian, di Mancherter ada satu pusat latihan missionari macam maktab perguruanlah tempat dia latih missionari (pendakyah) pengembangan kristian. Besar dengan kompleks bangunan dan orang Islam beli buat Muslim Heritege,” ujarnya ketika menjelaskan perkara tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat Masjid Rusila di kediamannya, Kampung Rusila, Marang pada Jumaat 22 Januari.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parimen Marang menjelaskan apa yang disebut tentang usaha pengembangan ajaran Kristian di Afrika termasuk pendalaman Sabah dan Sarawak itu berita yang berlaku.

Katanya, pihak pendakyah Kristian dunia menghantar pengembang agama tersebut masuk ke Afrika dan tidak terkecuali di pendalaman Sabah dan Sarawak.

kam3393(b0-tahnik2“Apa yang saya sebut itu sebenarnya berita yang berlaku, memang dia (kristian) hantar pengembangnya di Afrika, termasuk di hutan (pendalaman) Sabah dan Sarawak.

“(Mereka) guna ‘pitis’ (wang), (dan) perempuan pun guna dan guna segala-galanya untuk nak tarik orang. Dan guna segala-galanya termasuklah guna arak. Pada hal agama Kristian juga mengharamkan arak. Di gereja boleh minum arak sebab untuk menggalakkan orang datang,” jelasnya.

Sebab itu, katanya isu mubaligh Kristian sengaja dimainkan terutama oleh media sosial yang mempunyai agenda tertentu menjelang PRN Sarawak.

Menurutnya, dari segi politik meski pun PAS berbalah dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi tidak boleh benarkan parti yang condong kepada Kristian memerintah negeri.

Justeru, kata Ustaz Abdul Hadi, PAS tetap akan masuk bertanding dalam PRN Sarawak bagi mengekalkan penguasaan Islam.

“Kadang-kala sengaja pihak media terutama media sosial. Mereka ada agenda politik kerana hendak ada pilihan raya di Sarawak. Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak ini dari segi politik walau pun PAS berbalah dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), kita tidak boleh membenarkan DAP memerintah negeri Sarawak.

“Kita orang Islam ini berbalah ada had. Kita (PAS) masuk pilihan raya di Sarawak tetapi dengan agenda kita sendiri supaya dapat mengekalkan penguasaan Islam di Sarawak,” tegasnya.