Isu MB : Razif Mesti Letak Jawatan Kalau Ada ‘Moral’

977

Oleh : Nooreni Abu Bakar

SETIU – Krisis politik melibatkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman tidak akan berakhir walaupun Perdana Menteri mengumumkan beliau kekal menjawat jawatan tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu sepatutnya melepaskan jawatannya sekiranya beliau mempunyai ‘moral’.

IMG-20160509-WA0034Kalau Menteri Besar(MB) ada moral, beliau perlu letak jawatan, kerana sudah jelas pelucutan pingat dan darjah kebesaran yang diberikan sultan, adalah ‘signal’,

“Sultan sudah tidak boleh menerima beliau lagi,”ujarnya

Mantan Exco kerajaan itu berkata demikian sewaktu berucap di dalam majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu kali ke 43, di Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim, Guntung di sini pada Sabtu 7 Mei.

Menurut bacaan beliau, kemelut yang melanda Barisan Nasional tidak akan selesai dengan meneruskan Razif sebagai MB.

“terus melantik Razif (sebagai MB), ini hanya penyelesaian sementara dan krisis akan berterusan,” jelas beliau.

Beliau berkata, setiap hari Rabu kepimpinan kerajaan Terengganu akan mengadakan mesyuarat dan pada hari khamis atau hari selepas mesyuarat, MB mesti mengadap Sultan untuk melaporkan keputusan.

IMG-20160509-WA0035Selain itu, kata MB mesti mengiringi Sultan ke majlis-majlis kebesaran, itu sudah tentu tidak sesuai dan jika Sultan menggunakan hak baginda untuk menolak.

Pada muktamar yang bertemakan ‘Muslimat Pemangkin Politik Matang dan Sejahtera’, hadirin diingatkan, Budaya Politik Matang dan Sejahtera, isu-isu persepsi bukan lagi.

Justeru itu muslimat perlu menunjuk contoh yang baik, tarbiyyah yang diperolehi hendaklah dimanfaatkan kepada masyarakat dalam bentuk dakwah fardhiyyah.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Malaysia Dr. Khuzaimah.