Himpunan Rakyat Bersatu: PAS Tidak Sertai

1111

PAS secara konsisten menyokong hak demokratik semua rakyat Malaysia yang sah dan percaya bahawa semua pihak hendaklah diberikan peluang serta kebebasan untuk menikmati hak-hak itu dengan aman dan selamat. Hak-hak ini termasuklah hak untuk berhimpun dan menyuarakan sikap serta pandangan secara aman.

PAS percaya undang-undang negara, kemampuan pihak keselamatan serta kewarasan dan kedewasaan sikap rakyat umum adalah memadai sebagai jaminan bahawa perhimpunan-perhirrpunan sedemikian akan berjalan dengan aman dan selamat tanpa kesan atau kemungkinan negatif yang terlalu besar sehingga hak rakyat untuk menikmati kehidupan demokratik mereka perlu dihalang kerananya.

CN4cLfkU8AAu5NDPAS melihat program HIMPUNAN RAKYAT BERSATU yang dilaporkan bakal diadakan pada 16hb September depan dari sudut yang sama, iaitu sebagai hak demokratik rakyat untuk berhimpun secara aman, yang sewajarnya diterima dan
diraikan oleh semua pihak, termasuk pihak berkuasa.

Namun demikian pada masa yang sama, PAS memutuskan untuk tidak menyertai atau mengerahkan ahli dan penyokongnya supaya menyertai perhimpunan tersebut. Keputusan ini diambil berdasarkan pertimbangan pertimbangan berikut:

1. PAS pada ketika itu baru sahaja selesai menganjurkan Kongres Rakyat pada 12hb September 2015 di Shah Alam, Selangor yang melibatkan kehadiran ahli dan penyokong dari seluruh negara. Justeru, kami dapati adalah keterlaluan dan sangat membebankan sekiranya mereka sekali Iagi diminta ke ibukota untuk tujuan menghadiri himpunan Iain pada tarikh yang begitu hampir, iaitu 16hb September 2015.

2. PAS juga tidak mengetahui, dihubungi atau dijemput secara rasmi oleh penganjur himpunan yang dimaksudkan. Justeru kami tidak mengetahui secara sah akan tujuan himpunan, penyertaannya, aturacara dan agendanya dan Iain-Iainnya untuk membolehkan kami menilai mahupun memberi apa-apa komitmen terhadapnya.

3. Tarikh 16 September pula merupakan tarikh keramat sambutan Ulang Tahun Kelahiran Malaysia (Hari Malaysia) sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. la adalah tarikh penting untuk seluruh rakyat negara ini. Seperti mana tarikh Kemerdekaan negara pada 31hb Ogos juga, PAS percaya ia mestilah diraikan oleh seluruh rakyat sebagai Hari Gembira dan Hari Kebebasan tanpa mengira latar belakmg kepercayaan, kaum, budaya, pendirian politik, lokalitl dan sebagainya. la adalah hari yang bersifat inklusif dan sejahtera.

Takiyuddin-Hassan-FrontpageJusteru itu PAS berpandangan pemilihan tarikh keramat 16hb September sebagai tarikh untuk mengadakan sebuah perhimpunan yang tampaknya bersifat eksklusif kelompok itu adalah sangat tidak sesuai, malah berlawanan dengan semangat Malaysia yang sudah sedia sinonim dengan tarikh tersebut.

4. PAS juga, sebagai parti politik tertua, percaya bahawa kita perlu belajar daripada sejarah untuk memungkinkan kita merangka dan mengatur langkah masa depan negara yang lebih cemerlang dan sejahtera. PAS percaya sikap dan pendirian ini harus dikongsi bersama oleh semua pihak kerana negara ini adalah hak dan tanggungjawab bersama.

Datuk Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS