Buletin Online's Channel
Like Us ON Facebook
Banjir Empangan Pecah; 230 Premis Terjejas Tuntut Ganti Rugi
- Thursday, 27 December 2012
- Written by Wartawan Buletin
BESUT - Sebanyak 230 buah rumah melibatkan yang terjejas akibat banjir yang melanda Kampung Padang Bual dalam kawasan Dewan Undangan (DUN) Hulu Besut menuntut ganti rugi dari kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Menurut jurucakap penduduk terbabit, Shalahuddin Jaafar, mereka berbuat demikian kerana banjir yang melanda bukan bencana semulajadi tetapi 'mengejut' akibat benteng empangan Paya Peda yang dipecahkan oleh kerajaan.
"kita bagi pihak penduduk sini agak terkilan dengan apa yang berlaku melibatkan hampir keseluruhan (penduduk), melibatkan 230 buah rumah yang mana kita lihat kerugian (antara) RM5,000 (hingga) RM10,000,
"ada yang lebih daripada 10,000 hasil daripada tinjauan kita di rumah penduduk di Kampung Padang Bual ini,"ujarnya selepas mengagihkan bantuan berupa makanan keperluan harian dan pertemuan dengan penduduk Kampung tersebut semalam, 26 Disember.
Menurutnya, premis yang terlibat dengan perniagaan pula melibatkan melibatkan kerugian antara RM20,000 hingga RM30,000 bahkan ada nilai barangan yang beratus ribu musnah akibat banjir yang berlaku secara mengejut.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga penduduk di Kampung tersebut yang berani bagkit dan bersatu mewujudkan satu jawatankuasa untuk menuntut ganti rugi kepada pihak yang berkenaan.
"saya (ucap) tahniah dan syabas kepada warga penduduk di sini kerana bersatu mewujudkan satu jawatankuasa untuk menuntut ganti rugi dan kita mendesak kepada pihak berkenaan supaya memberi perhatian yang serius di atas kerugian yang berlaku kepada penduduk-penduduk ini,"ujarnya
Berita sebelumnya;
Empangan Pecah; Banjir Hulu Besut Semakin Teruk
Pecahkan Empangan; Umno-BN Sabotaj Rakyat
>>Berita lanjut Menyusul>>
Last Updated on Thursday, 27 December 2012 17:00
Berita
Runtuhnya Masjid Binjai Kertas; Ulang Tahun Perobohan Masjid Bujal Ke 8
KUALA TERENGGANU - Bumbung masj...
Read more...Negara Diancam Bahaya Apabila Pemimpin DiKuasai Kekayaan - Tok Guru Nik Aziz
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dat... Read more...
Lebih 25 Buah Binaan dan Bangunan Yang Rosak, Roboh dan Runtuh Sejak 2008
KUALA TERENGGANU - Sejak peris...
Read more...Hamas Tutup Terowong Mencegah Penyeludupan Askar Mesir
Hamas meletakkan pasukan kesel...
Read more...Penduduk Malaysia Antara Yang Kurang Toleransi, Bertolak Ansur Antara Kaum
Warga Malaysia merupakan antar...
Read more...Artikel dan Pendapat
Kezaliman Berleluasa Di Akhir Zaman
Daripada az-Zubair bin Adi kat...










