Iklan 2


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/RayuanDermaSurauPejabat%20001.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/Banner%20Daftar%5B1%5D.jpg
You are here: Home

Ahmad Said Pecat ‘Bala Tentera’ Idris Jusoh, Lakukan Penyelewengan Lebih Teruk

E-mail Print PDF
KUALA TERENGGANU – Kemelut politik Terengganu pada 14 April lalu merupakan kemuncak perjuangan hidup mati para ‘jeneral’ bekas Menteri Besar (MB) Dato’ Seri Idris Jusoh.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/mukatakmalu1.jpgWalaupun Idris tidak lagi menjadi pemerintah, lebih separuh jeneral Idris menganggotai Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sebagai wakil-wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya umum lalu.

Oleh itu, tindakan ‘kamikaze’ bekas Setiausaha Politik Idris, Dato’ Ahmad Ramzi sewajarnya dianggap ‘syahid’ oleh kumpulan yang menentang MB Dato’ Ahmad Said

(Gambar - Lihat muka-muka Exco sekarang yang tak malu, menerima jawatan walaupun bersama Rosol membantah pelantikan Mad Said.)

Sekiranya Ramzi didapati bersalah oleh mahkamah kerana menghantar SMS ugut bunuh, pengorbanan beliau mungkin dianggap berbaloi, senada dengan kenyataan ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, yang sekali lagi menjadi ketua ‘kumpulan pemberontak’.

Rosol telah mengumumkan pada sidang media disebuah hotel, pagi 15 April, 10 ADUN UMNO/BN tidak akan hadir (memboikot) sidang DUN yang sedang berlangsung.

Rosol yang juga ketua membantah pelantikan Ahmad sebagai MB setahun lalu berkata, ia adalah kemuncak kepada krisis tidak percaya kepada pentadbiran Ahmad Said. (Lihat Video Kami Nak Deris Natang di Buletin Online Channel)

Mereka begitu serius sehingga sanggup ‘menelanjangkan’ Ahmad dengan mendedahkan kepada media, perkara-perkara yang didakwa mereka sebagai ‘Laporan kelemahan MB Terengganu’.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/mukatakmalu2.jpgWalaupun senarai itu turut dihantar kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak di Putrajaya, namun Ahmad Said tidak dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana Putrajaya menganggap kemelut itu bukan masalah kerajaan.

Justeru mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC hanya menurunkan pangkat Ahmad dalam parti dan melantik sepupu Najib, Dato’ Hishamudin Hussein menjadi Pengerusi UMNO Terengganu yang baru.

Itu cerita yang timbul ke permukaan. Apa cerita dibawah ?

Sebenarnya, perang para jeneral Idris menentang Ahmad Said ‘habis-habisan’ pada 14 April lalu adalah untuk menyelamatkan bala tenteranya yang telah dipecat beramai-ramai dua minggu sebelumnya.

Pada 1 April 2009, Ahmad telah membubarkan Unit Bestari (U-Best) satu unit askar-askar upahan yang telah dibentuk dalam zaman pemerintahan Idris dulu.

U-Best adalah barisan hadapan (frontline) selain Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi memperkukuhkan kerajaan ‘Islam Hadhari Terengganu Bestari’ yang sudah lenyap kini.

Ia merupakan unit kembar kepada UKOM yang bertindak sebagai ‘mulut’ kepada kerajaan Idris sebagaimana digariskan dalam Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu (RPNT) 2004 -2008.
 
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/mukatakmalu3.jpgU-Best juga askar-askar  Idris yang turut menjalankan kaji selidik di DUN-DUN membantu penyelidikan yang dibuat oleh Terengganu Development Institut (TDI).

Ahmad telah mengambil tindakan memperkukuhkan regimnya dengan menggantikan askar-sakar yang dianggap setia kepada Idris.

Menurut seorang bekas anggota U-Best yang dihubungi Buletinonline, mana-mana anggota U-Best yang boleh beralih, menyatakan kesetiaan kepada Ahmad, akan dikekalkan dalam agensi baru itu.

”Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu atau nama singkatannya APMT secara rasmi mula berkuatkuasa pada 1 April 2009,”katanya.

Pada umumnya, kata beliau, APMT di tubuhkan untuk meneruskan kesinambungan tugas-tugas  U-BEST.

Katanya, organisasi APMT dalam satu DUN berjumlah 16 orang; seorang  Ketua Penyelia Pembangunan Masyarakat Terengganu, 2 orang Penyelia Pembangunan Masyarakat Terengganu dan 13 orang Pembantu Pembangunan Masyarakat Terengganu.

Namun katanya, Agensi yang baru ini lebih teruk ‘penyelewengan’ dan ‘penyalahgunaan kuasa’ dari apa yang telah dilakukan pada zaman Idris.

”Fokus utama APMT kali ini lebih serius kepada "daftar pemilih" dan "keahlian UMNO", memandangkan UMNO perlu bekerja keras membuat persediaan awal bagi menghadapi Pilihanraya ke 13,”ujarnya.

Ahmad Said menggunakan APMT, yang ditubuhkan dan digajikan dibawah kerajaan negeri, namun melakukan kerja-kerja parti UMNO !

Last Updated ( Tuesday, 07 July 2009 18:21 )  

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Main Menu

Pengumuman


BERITA RINGKAS BERITA RINGKAS

(Letak 'cursor' utk hentikan & baca)





Makkal Sakti Najib, Berpecah

Parti Makkal Sakti Malaysia, yang dilancarkan dua bulan lalu oleh Perdana Menteri, menuju perpecahan dengan kumpulan bertelagah mendesak Presidennya R S Thanenthiran melepaskan jawatannya dengan segera.

Kumpulan yang dipimpin oleh Timbalan Presiden A Vathemurthy yang mendakwa menerima sokongan lebih 15 daripada 27 anggota Jawankuasa Pusat (CC) tidak mahu Thanenthiran memimpin parti ini lagi.





Ribut Petir Dan Hujan Lebat Di Pantai Timur Hingga Jumaat

Penduduk di kawasan Pantai Timur dijangka terus mengalami hujan lebat sehingga pagi Jumaat ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Rabu, keadaan itu yang dikategorikan sebagai peringkat jingga, diramal berterusan di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala daerah yang akan terlibat di Kelantan pula ialah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.





Kontraktor Jambatan Gantung Bertanggungjawab Terhadap Tragedi Dipang, Siapa Pula Bertanggungjawab Bumbung Stadium Runtuh ?

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kontraktor yang membina jambatan gantung runtuh di Pusat Ko-Kurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan perlu bertanggungjawab di atas tragedi yang meragut tiga nyawa murid sekolah daerah itu bulan lepas.
Beliau berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah membuat laporan polis terhadap kontraktor itu kerana kecuaian.
Timbul persoalan siapa yang bertanggungjawab terhadap tragedi bumbung stadium runtuh di Terengganu?




Iktiraf Batu , Tidak Iktiraf Undang-undang Pada Batu

Pengiktirafan Batu Bersurat Terengganu sebagai Daftar Memori Dunia Antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) akan menggalakkan inisiatif pemeliharaan khazanah warisan negara pada masa akan datang.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata menerusi pengiktirafan itu juga secara tidak langsung dapat menarik minat para pengkaji, penyelidik untuk membuat kajian mengenai Batu Bersurat Terengganu dengan lebih mendalam sekali gus menjadi pemangkin kepada kedatangan pelancong ke negara ini.
Bila pula nak iktiraf undang-undang Islam sebagaimana tercatat atas Batu Bersurat?

 



PROGRAM SANA-SINI PROGRAM SANA SINI


Derma Ikhlas dan Sumbangan bagi pembinaan surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu ; Zakaria Dagang - 019 987 8693, Hj Muhyidin A Rashid - 019 985 3735




HANTAR BERITA/ARTIKEL


Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang berita atau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai
Sebarang cadangan  dan maklumbalas anda tentang kami

Iklan Anda

Skim Wakaf Lantai
Pembangunan Pusat Tarbiyah
PAS Kuala Nerus
Hubungi ;
Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888

----------------------------------------

Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan

Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim,
Kg  Guntung Luar, Setiu
Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/RayuanDermaSurauPejabat%20001.jpg

Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan

Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu
Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693
Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735
-------------------------------------------
Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan
Masjid Tahfidz Darul Iman
Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu
E-mel: masjidmtt@gmail.com Tel – 09 667 0102
Akaun Bank;
Maybank Berhad, Account No:563064112631
-----------------------------------------------------
Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam
Darul Bayan, Dungun, Terengganu
Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975 @
Wan Md Adib Tel -  0139395693