BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.
You are here: Home

Debat gagal Kerana UMNO Tidak Mahu Kebenaran

E-mail Print PDF

KUALA TERENGGANU – Tindakan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak menolak pelawaan Mursyidul Am PAS tidak menggambar pentadbiran kerajaan Malaysia dengan dasar 1Malaysia, Rakyat DiDahulukan,


Pemimpin UMNO termasuk bekas-bekas Perdana Menteri hanya mementingkan parti (UMNO) melebihi kepentingan umum, umat Islam dan Melayu di negara ini.

PAS Terengganu menyokong hasrat murni Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat mempelawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berdebat, dalam mencari penyelesaian masalah antara PAS-Umno.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata PAS Terengganu menyambut baik dan sepatutnya UMNO menerima pelawaan itu kerana ianya adalah satu isu yang sekian lama dikemukakan.

“Debat (PAS-Umno) ini bukan perkara baru tapi isu lama dan boleh dikatakan hampir setiap kali bila isu ini berbangkit (ia) akan berakhir dengan kegagalan, kerana UMNO tidak bersedia untuk bersemuka” jelasnya.

Menurutnya, PAS sentiasa bersedia berdebat, berbincang dan bermuzakarah dengan semua pihak bagi mencari titik penyelasaian.

“Perjuangan PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam, adalah menyeluruh, atas kepentingan (Islam), PAS mengambil sikap selama-lamanya bersedia berdebat, berbincang, bermuzakarah dengan semua pihak termasuk dengan UMNO,”tegasnya

Beliau yang juga, Yang Dipertua PAS Marang mempersoalkan tidak ada sebab dalam ajaran Islam tidak boleh berbincang , bermuzakarah dan berdebat..

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim menggesa agar Perdana Menteri berlapang dada dan menerima pelawaan debat tersebut.

Ia adalah penting, katanya kerana rakyat dapat melihat kebenaran samada PAS atau UMNO yang sebenarnya mahu Islam di tegakkan di Negara ini.

“Saya tidak nampak tujuan yang lebih besar dari hasrat Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu selain dari untuk menyatakan kebenaran Islam.

“Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Najib perlu berlapang dada untuk berdebat dengan Tok Guru Mursyidul Am PAS sebagai membukti bahawa dia (Najib) seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh mempertahankan maruah UMNO sebagai perjuangan orang Melayu dan Islam,”ujarnya.

Last Updated ( Tuesday, 07 July 2009 18:21 )  

Iklan 2

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/korbankemboja.jpg
http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/Banner%20Daftar%5B1%5D.jpg

Main Menu

Pengumuman


BERITA RINGKAS BERITA RINGKAS

(Letak 'cursor' utk hentikan & baca)






Saksi Dakwa Beri Keterangan Palsu Akibat Trauma Didera Pegawai SPRM
Saksi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia terdorong memberi keterangan palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana trauma akibat didera semasa soal siasat.




Asri dijangka didakwa Jumaat ini
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur Jumaat ini kerana memberi ceramah tanpa tauliah, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.




SPRM: Jayanti bukan saksi yang dicari
Semalam, wakil rakyat pembangkang R Sivarasa membawa Jayanti - yang dikatakan 'saksi utama' yang tidak dapat dikesan SPRM berhubung kes tersebut - ke Parlimen.





Tiada baiah jatuh talak tiga di Kedah: Azizan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata tiada amalan baiah yang menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas di negeri ini keluar parti.
Azizan yang juga pesuruhjaya Pas Kedah berkata, sepertimana wakil rakyat lain, mereka memang ada melakukan baiah untuk taat setia kepada kepimpinan parti, tetapi tidak pernah ada baiah cerai talak tiga sekiranya mereka beralih ke parti lain.

 






PROGRAM SANA-SINI PROGRAM SANA SINI



Sambutan Jubli Eman PAS Kawasan Kuala Nerus, 8 Pagi, Madrasah DarutTaqwa, Batu Enam, 14 November, 2009 (Sabtu)



Derma Ikhlas dan Sumbangan bagi pembinaan surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu ; Zakaria Dagang - 019 987 8693, Hj Muhyidin A Rashid - 019 985 3735




HANTAR BERITA/ARTIKEL


Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang berita atau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai
Sebarang cadangan  dan maklumbalas anda tentang kami

Iklan Anda


Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan
Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim,
Kg  Guntung Luar, Setiu
Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140
.......................................................
Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam
Darul Bayan, Dungun, Terengganu
Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975 @
Wan Md Adib Tel -  0139395693

Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan
Masjid Tahfidz Darul Iman
Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu
E-mel: masjidmtt@gmail.com Tel – 09 667 0102
Akaun Bank;
Maybank Berhad, Account No:563064112631

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/pembangunansurau.gif
Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan

Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu
Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693
Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735

______________

Tanah Lot Untuk Di Jual Klik Sini
Ingin Membeli Tanah ?
Hubungi 013-9800957
Tanah Untuk Pelancongan
Klik Sini