Iklan 2


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/RayuanDermaSurauPejabat%20001.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/Banner%20Daftar%5B1%5D.jpg
You are here: Home

Membangunkan Pulau Warisan Dengan Menghapuskan Warisan Sejarah

E-mail Print PDF
Penduduk Kampung Cina Kuala Terengganu Tuntut Kerajaan  Tunai Janji
KUALA TERENGGANU – Dasar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu adalah dasar yang paling tidak munasabah kerana membangunkan Pulau Warisan dengan menghapuskan warisan.

Sederet bangunan bersejarah berusia lebih 100 tahun yang terletak disebelah kiri, hujung jalan Kampung Cina menuju ke Pasar Besar Kedai Payang akan dimusnahkan sama sekali.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/WarisanKgCinaDimusnahkan%20004a.jpgHanya ungkapan ‘Nasi Sudah Menjadi Bubur’ dapat diluahkan oleh penduduk tersebut yang ditemui Buletinonline baru-baru ini.

Rumah-rumah kedai lama bakal dirobohkan untuk pembangunan ‘double frontage’ Pulau Warisan adalah sebahagian dari bangunan telah diwartakan sebagai warisan sejarah oleh sebuah badan dunia dibawah organisasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Namun apakan daya penduduk disitu, atas nama pembangunan yang menjadi ‘kegilaan’ kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu, pengiktirafan yang penuh bermakna tersebut akan Cuma tinggal kenangan.

Pengambilan balik tanah kerajaan bagi kerja-kerja pembesaran jalan menuju Pulau Warisan (di belakang kampong Cina Kuala Terengganu) turut mencetuskan rasa tidak puas hati 102 buah keluarga yang terlibat.


Apa tidaknya, mereka telah diarahkan berpindah tanpa dibayar walaupun satu sen pampasan atas kerugian yang mereka alami.

Bekas Ahli Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, Encik Tan Poh Kok merayu pihak kerajaan mempertimbangkan bayaran pampasan kepada penduduk di Kampung Cina

(Gambar kiri - 
Tan Poh Kok…menunjukkan kediamannya yang bakal dirobohkan pada Fasa II).

Beliau menegaskan penduduk terbabit bukan anti pembangunan tetapi mahukan keadilan serta menuntut hak mereka.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/TanPohKokKgCina.JPG
“Kami semua sudah tinggal disini (kampun Cina) lama dan ada yang dua generasi masih menetap di bangunan lama (lebih 100 tahun) ini.

“Kami tidak menentang pembangunan dan kemajuan tetapi berikan hak dan keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” jelasnya.


Menurutnya, fasa pertama yang sedang dilaksanakan sekarang melibatkan 10 buah rumah dan sebuah balai raya penduduk di Kampung Cina.

Seorang pemiliknya, Encik Chua Bun Seng, 68, mendakwa belum menerima apa-apa bayaran pampasan atau saguhati yang ‘dijanjikan’ pihak bertanggungjawab.


Encik Chua berkata, kerajaan negeri mengambil sikap ‘lepas tangan’ seolah-olah hanya menyerahkan kepada pihak kontraktor menyelesaikan masalah tersebut.


“Saya dan ramai lagi penduduk yang terlibat dengan pengambilan balik tanah ini tidak menerima apa-apa bayaran lagi yang dijanjikan itu.

“Kerajaan sudah ‘lepas tangan’ dan dalam pertemuan antara penduduk dengan wakil rakyat (Toh Chin Yaw)  beliau tidak memberi apa-apa jaminan positif (Gambar kanan - 
Chua Bun Seng…mana bayaran kami?).

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ChuaBunSengKgCina.JPG“Sekarang rumah sudah roboh, kami sekeluarga sudah pindah tetapi bayaran mana?,” soalnya ketika ditemui.

Penduduk juga mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Encik Toh Chin Yaw tidak mengambil apa-apa usaha dan menyerahkan 100 peratus urusan bayaran ‘saguhati’ itu kepada pihak kontraktor.


Seorang pemilik kedai, Haji Yasin Syeikh Abdul Kadir, 55, berkata, penilaian yang dibuat terlalu kecil dan memohon ehsan kerajaan negeri supaya ia dipertimbangkan semula.

Katanya, jumlah saguhati RM5,000 setiap satu keluarga tidak mencukupi kerana kos perpindahan yang ditanggung melebihi apa yang akan penduduk perolehi.


“Mana cukup sekarang dengan bayaran RM5,000 kerana kos upah pecat rumah, pengangkutan dan pasang semula melebih dari bayaran itu hari ini.


“Pembelaan perlu dilakukan kerana majoriti penduduk terlibat orang berpendapatan rendah dan miskin,” jelasnya.


Menurutnya, dalam sesebuah rumah pula terdapat dua hingga tiga buah keluarga yang terhimpit serta perlu tempat tinggal yang lebih selesa.


Seorang juruelektrik, Encik Chong Wan Keh, 56, berkata walau pun hati ‘berat’ untuk pindah tetapi terpaksa mengalah.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/WarisanKgCinaDimusnahkan%20007.jpgIni kerana, katanya jika tidak pindah nanti pihak kontraktor datang roboh dan penduduk akan didakwa di mahkamah.

“Kami semua tidak dibayar lagi yang ‘dijanjikan’ (saguhati) walau pun rumah sudah ‘hilang’ (pindah).


“Kami ini orang susah dengan bayaran RM5,000 yang dijanjikan itu apa yang dapat dibuat  dan harap tambahlah sikit lagi,” ujarnya dengan nada terharu.


Puan Foo Siew Keah, 54, merayu kerajaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) mengutamakan kebajikan dan hak rakyat.


Katanya, sewaktu kempen pilihan raya pelbagai janji-janji manis diberikan kepada rakyat tetapi tidak dikotakan


(Gambar kiri - ’Warisan Sejarah’, bangunan di Kampung Cina diwartakan berusia lebih 100 tahun lalu oleh pihak PBB bakal sedang dirobohkan oleh kerajaan BN Terengganu).


“Masa kempen pilihan raya beritahu rakyat kerajaan Barisan Nasional ‘membela’ rakyat tetapi akhirnya, rakyat tidak lena tidur kerana pelbagai masalah.


“Saya rayu juga kerajaan negeri tolong fikirkan sedikit pampasan dan tempat tinggal ganti kerana penduduk di kampung Cina tidak ada tempat lain,” ujarnya.


Manakala, Puan Lim Chua Tee, 55, mahukan kerajaan negeri tidak mengutamakan kepentingan pembangunan semata-mata dengan ‘mengorbankan’ rakyat di masa akan datang.


Katanya, tempat tinggal ganti wajar disediakan oleh kerajaan negeri kerana penduduk terbabit tidak mempunyai tempat lain.


“Slogan Rakyat Didahulukankan, Pencapaian Diutamakan tidak dihayati oleh kerajaan negeri hari ini ,” jelasnya.


Ketika tinjauan dibuat, kerja-kerja pembersihan sisa-sisa tapak bangunan terbabit sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor dan terdapat di kalangan penduduk terbabit masih datang melihatnya kerana kenangan Warisan Sejarah yang ‘hilang’.
Last Updated ( Tuesday, 07 July 2009 18:22 )  

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Main Menu

Pengumuman


BERITA RINGKAS BERITA RINGKAS

(Letak 'cursor' utk hentikan & baca)







 TPM ‘Tukang Jaga Mulut MCA’

Timbalan perdana menteri berkata adalah lebih baik pemimpin MCA tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan, jika sebaliknya formula penyelesaian kemelut dalaman parti itu tidak akan berkesan. Muhyidin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelbagai pandangan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin MCA dalam menyelesaikan kemelut parti itu.





DUN Kota SiPuteh

Mahkamah Perintahkan SPR Adakan PRK  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendapat perintah untuk menangguhkan keputusan mengisytiharkan keruh si DUN Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong.
Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini menolak permohonan SPR bagi mendapatkan perintah penangguhan itu tetapi suruhanjaya itu telah merujuk perkara berkenaan kepada Mahkamah Rayuan dengan mengemukakan satu lagi permohonan untuk perintah penangguhan. Jika ia tidak mendapat perintah itu, SPR perlu mengeluarkan writ menjelang Rabu ini bagi mengadakan satu pilihan raya kecil di situ.





Kejutan Kes Taun; 174 Kes Di Rekod,  65 premis DiPeriksa, 12 premis telah ditutup

Penularan taun di negeri ini agak ganjil kerana membabitkan jenis yang berbeza dan tidak dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik yang biasa. Wabak taun mula dilapor di Kuala Terengganu pada 11 Nov lepas dan sehingga kini merekodkan sebanyak 174 kes dengan satu kematian. Sejumlah 116 kes dikesan dari 451 kes cirit-birit yang mendapatkan rawatan di hospital, manakala 58 kes lagi dikesan dari 1,074 kontak terdekat kes kolera yang dilapor.



 

Kota Siputeh: BN tidak harus buat rayuan

Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya memfailkan rayuan terhadap kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kerana pihak mahkamah telah pun membuat keputusan terbaik.  Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus, Dr Alias Razak berkata, UMNO dan BN perlu menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selain bersedia berdepan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.  Menurutnya, keputusan mahkamah juga menunjukkan Yang Dipertua DUN Kedah telah melakukan perkara betul dan berdasarkan undang-undang negeri tersebut meskipun hebat dikritik sebelum ini.









PROGRAM SANA-SINI PROGRAM SANA SINI






Derma Ikhlas dan Sumbangan bagi pembinaan surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu ; Zakaria Dagang - 019 987 8693, Hj Muhyidin A Rashid - 019 985 3735




HANTAR BERITA/ARTIKEL


Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang berita atau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai
Sebarang cadangan  dan maklumbalas anda tentang kami

Iklan Anda

Skim Wakaf Lantai
Pembangunan Pusat Tarbiyah
PAS Kuala Nerus
Hubungi ;
Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888

----------------------------------------

Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan

Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim,
Kg  Guntung Luar, Setiu
Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/RayuanDermaSurauPejabat%20001.jpg

Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan

Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu
Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693
Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735
-------------------------------------------
Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan
Masjid Tahfidz Darul Iman
Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu
E-mel: masjidmtt@gmail.com Tel – 09 667 0102
Akaun Bank;
Maybank Berhad, Account No:563064112631
-----------------------------------------------------
Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam
Darul Bayan, Dungun, Terengganu
Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975 @
Wan Md Adib Tel -  0139395693