Iklan 2

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/korbankemboja.jpg
http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/Banner%20Daftar%5B1%5D.jpg
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/RayuanDermaSurauPejabat%20001.jpg
You are here: Home

Anwar sokong syor Nik Aziz mahu debat dengan PM

E-mail Print PDF

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


"Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz)," katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang mencabar Najib
mengadakan debat terbuka bagi mencari kebenaran dan menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama.

Tok Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, mengenai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, Anwar berkata, PKR akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam membantu parti itu memenangi pilihan raya kecil tersebut.

"Kita akan beri sokongan penuh kepada PAS. Insya-Allah kita yakin PAS akan dapat pertahankan kerusi kawasan tersebut.

"Kita akan beri sokongan dalam apa jua bentuk kerjasama kepada calon PAS di Manek Urai," katanya. kepada mStar.

Last Updated ( Tuesday, 07 July 2009 18:23 )  

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Main Menu

Pengumuman


BERITA RINGKAS BERITA RINGKAS

(Letak 'cursor' utk hentikan & baca)







Kejutan Kes Taun; 174 Kes Di Rekod,  65 premis DiPeriksa, 12 premis telah ditutup

Penularan taun di negeri ini agak ganjil kerana membabitkan jenis yang berbeza dan tidak dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik yang biasa. Wabak taun mula dilapor di Kuala Terengganu pada 11 Nov lepas dan sehingga kini merekodkan sebanyak 174 kes dengan satu kematian. Sejumlah 116 kes dikesan dari 451 kes cirit-birit yang mendapatkan rawatan di hospital, manakala 58 kes lagi dikesan dari 1,074 kontak terdekat kes kolera yang dilapor.




 

Kota Siputeh: BN tidak harus buat rayuan

Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya memfailkan rayuan terhadap kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kerana pihak mahkamah telah pun membuat keputusan terbaik.  Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus, Dr Alias Razak berkata, UMNO dan BN perlu menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selain bersedia berdepan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.  Menurutnya, keputusan mahkamah juga menunjukkan Yang Dipertua DUN Kedah telah melakukan perkara betul dan berdasarkan undang-undang negeri tersebut meskipun hebat dikritik sebelum ini.





Pendidikan seimbang faktor Pasti jadi pilihan ibu bapa

Sambutan orang ramai untuk menghantar anak masing-masing belajar di Tadika Pasti bertambah baik meskipun mendapat persaingan hebat daripada pra sekolah lain. Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, beliau terharu dengan sambutan dan sokongan ibu bapa yang terus memilih Pasti walaupun pakej rangsangan berjuta ringgit ditawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengalih sistem pendidikan pra sekolah mengikut acuan mereka.



PROGRAM SANA-SINI PROGRAM SANA SINI






Derma Ikhlas dan Sumbangan bagi pembinaan surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu ; Zakaria Dagang - 019 987 8693, Hj Muhyidin A Rashid - 019 985 3735




HANTAR BERITA/ARTIKEL


Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang berita atau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai
Sebarang cadangan  dan maklumbalas anda tentang kami

Iklan Anda

Skim Wakaf Lantai
Pembangunan Pusat Tarbiyah
PAS Kuala Nerus
Hubungi ;
Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888

----------------------------------------

Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan

Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim,
Kg  Guntung Luar, Setiu
Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/RayuanDermaSurauPejabat%20001.jpg

Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan

Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu
Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693
Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735
-------------------------------------------
Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan
Masjid Tahfidz Darul Iman
Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu
E-mel: masjidmtt@gmail.com Tel – 09 667 0102
Akaun Bank;
Maybank Berhad, Account No:563064112631
-----------------------------------------------------
Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam
Darul Bayan, Dungun, Terengganu
Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975 @
Wan Md Adib Tel -  0139395693