Iklan 2


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/RayuanDermaSurauPejabat%20001.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/Banner%20Daftar%5B1%5D.jpg
You are here: Home

‘Kiasan’ Tok Guru Nik Aziz tidak salah, Pemimpin UMNO Boleh Berdebat Untuk Kebenaran

E-mail Print PDF

KUALA TERENGGANU – Sebagai seorang ulama’ dan pemimpin politik Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih arif memberikan kiasan tersendiri dalam usaha menyedarkan pemimpin Islam supaya melaksanakan perjuangan ke arah kebenaran Islam.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/makanasibungkus.jpgTimbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Uztaz Satiful Bahri Mamat berkata ‘kiasan’ yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS itu kepada UMNO tidak salah.

“Tok Guru sudah menyatakan, apa yang dikatakannya terhadap UMNO adalah kiasan. Tok Guru orang yang belajar dan mengajar akidah, cuma dari segi pandangan masyarakat, ia kelihatan kasar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

(Gambar - Ustaz Satiful (mengadap kamera dua dari kanan)bersama pimpinan PAS Terengganu makan nasi bungkus selepas mesyuarat di pejabat PAS baru-baru ini)


Beliau berkata kiasan Tok Guru itu adalah satu peringatan dan amaran kepada pemimpin Islam Melayu supaya sensitif  terhadap tuntutan agama.

Oleh itu katanya, sekiranya mana-mana ungkapan Tok Guru Nik Aziz yang dirasakan tidak benar, UMNO sepatutnya menerima pelawaan beliau untuk berdebat.
 
“Mereka yang tidak menerima Islam atau tidak mahu mengikut Islam boleh dianggap sesat dan sama dengan perumpamaan itu. Dari segi politik, kadang-kadang kata-kata sebegini perlu dalam usaha memberi kesedaran,
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/satifulbahari.jpg

”sekiranya pemimpin UMNO tidak puas hati, atau merasakan apa yang dikatakan oleh Tok Guru tidak betul, boleh berdebat untuk mencari titik kebenaran” katanya.


Tok Guru Nik Aziz mengulas sifat dan sikap pemimpin dan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan Komunis ketika berceramah di Padang Majlis Daerah Laloh, Kelantan pada 21 Jun lalu.

Kenyataan beliau telah menimbulkan kegusaran dikalangan pemimpin UMNO yang menganggap ia boleh menimbulkan ketegangan serta berbaur hasutan .

Tok Guru mengatakan kenyataannya hanya kiasan atau perumpamaan, namun mengajak pemimpin UMNO terutamannya Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Razak untuk berdebat bagi mencari penyelesaian, mengapa UMNO tidak mahu kepada Islam.  

Last Updated ( Tuesday, 07 July 2009 18:22 )  

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Main Menu

Pengumuman


BERITA RINGKAS BERITA RINGKAS

(Letak 'cursor' utk hentikan & baca)





Makkal Sakti Najib, Berpecah

Parti Makkal Sakti Malaysia, yang dilancarkan dua bulan lalu oleh Perdana Menteri, menuju perpecahan dengan kumpulan bertelagah mendesak Presidennya R S Thanenthiran melepaskan jawatannya dengan segera.

Kumpulan yang dipimpin oleh Timbalan Presiden A Vathemurthy yang mendakwa menerima sokongan lebih 15 daripada 27 anggota Jawankuasa Pusat (CC) tidak mahu Thanenthiran memimpin parti ini lagi.





Ribut Petir Dan Hujan Lebat Di Pantai Timur Hingga Jumaat

Penduduk di kawasan Pantai Timur dijangka terus mengalami hujan lebat sehingga pagi Jumaat ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Rabu, keadaan itu yang dikategorikan sebagai peringkat jingga, diramal berterusan di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala daerah yang akan terlibat di Kelantan pula ialah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.





Kontraktor Jambatan Gantung Bertanggungjawab Terhadap Tragedi Dipang, Siapa Pula Bertanggungjawab Bumbung Stadium Runtuh ?

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kontraktor yang membina jambatan gantung runtuh di Pusat Ko-Kurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan perlu bertanggungjawab di atas tragedi yang meragut tiga nyawa murid sekolah daerah itu bulan lepas.
Beliau berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah membuat laporan polis terhadap kontraktor itu kerana kecuaian.
Timbul persoalan siapa yang bertanggungjawab terhadap tragedi bumbung stadium runtuh di Terengganu?




Iktiraf Batu , Tidak Iktiraf Undang-undang Pada Batu

Pengiktirafan Batu Bersurat Terengganu sebagai Daftar Memori Dunia Antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) akan menggalakkan inisiatif pemeliharaan khazanah warisan negara pada masa akan datang.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata menerusi pengiktirafan itu juga secara tidak langsung dapat menarik minat para pengkaji, penyelidik untuk membuat kajian mengenai Batu Bersurat Terengganu dengan lebih mendalam sekali gus menjadi pemangkin kepada kedatangan pelancong ke negara ini.
Bila pula nak iktiraf undang-undang Islam sebagaimana tercatat atas Batu Bersurat?

 



PROGRAM SANA-SINI PROGRAM SANA SINI


Derma Ikhlas dan Sumbangan bagi pembinaan surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu ; Zakaria Dagang - 019 987 8693, Hj Muhyidin A Rashid - 019 985 3735




HANTAR BERITA/ARTIKEL


Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang berita atau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai
Sebarang cadangan  dan maklumbalas anda tentang kami

Iklan Anda

Skim Wakaf Lantai
Pembangunan Pusat Tarbiyah
PAS Kuala Nerus
Hubungi ;
Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888

----------------------------------------

Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan

Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim,
Kg  Guntung Luar, Setiu
Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/RayuanDermaSurauPejabat%20001.jpg

Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan

Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu
Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693
Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735
-------------------------------------------
Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan
Masjid Tahfidz Darul Iman
Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu
E-mel: masjidmtt@gmail.com Tel – 09 667 0102
Akaun Bank;
Maybank Berhad, Account No:563064112631
-----------------------------------------------------
Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam
Darul Bayan, Dungun, Terengganu
Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975 @
Wan Md Adib Tel -  0139395693