BuletinOnline

Media Informasi Terkini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita62/selamat%20ramadhan1.jpg

 

Wed10222014

Last update05:06:46 PM GMT

Back Berita Nasional Tuntutan Royalti; Perjuangan Hidup atau Mati!

Tuntutan Royalti; Perjuangan Hidup atau Mati!

  • PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/IMG_8553.jpgKUALA LUMPUR - PAS menegaskan perjuangan menuntut hak royalti adalah perjuangan samada 'hidup atau mati' dan akan meneruskan perjuangan itu,sehinggalah haktersebut dikembalikan kepada rakyat.


Tindakan kerajaan persekutuan yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memberikan royalti minyak kepada kerajaan dan rakyat Terengganu dan Kelantan disifatkan sebagai tidak 'berhati perut'.

Dalam pada kerajaan meletakkan slogan 'rakyat diutamakan' sebaliknya Ahli Jawatankuasa PAS Puat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata tindakan itu sebenarnya tidak membela rakyat.

"sesungguhnya Allah menyaksikan, bahawa bumi Terengganu dan laut Terengganu telah diberikan kurniaan oleh Allah  rezeki daripada Allah S.W.T untuk rakyat dan untuk ummat Islam dan untuk manusia seluruhnya,

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/IMG_8545.jpg"tetapi mereka si zalim ini menafikan hak ini, bukanlah  diberikan hak sebenarnya bahkan yang lima persen (peratus) itupun telah ditarik balik,

"tidak lain dan tidak bukan kerana mereka tidak berhati perut untuk melihat rakyat dibela dan manusia diberikan keamanan dan kehidupan yang baik di negeri Terengganu,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Aman Menuntut Royalti di masjid as-Syakirin berhampiran KLCC di sini selepas solat Jumaat, 11 Januari, sebelum wakil-wakil dari 'R' Terengganu dan 'R' Kelantan menghantar memorandum kepada pihak Petronas.

Dalam Himpunan yang sama, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu  Ustaz satiful Bahri Mamat berkata, Terengganu diberikan jolokan sebagai 'Kuwait Malaysia' kerana hasil petroleum.

Namun begitu, negeri yang sepatutnya 'kaya raya' dengan hasil minyak itu menjadi negeri yang kedua termiskin di Malaysia.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/IMG_8566.jpgBeliau berkata, pemimpin Umno-BN yang mentadbir negara bukan sahaja merompak hasil royalti minyak Terengganu bahkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak menjadi 'pembohong' berhubung kedudukan medan minyak Bertam PM307.

"Sudahlah harta royalti dirompak dan juga pemimpin pemimpin yang rasuah, hari ini hak yang berada di hadapan mata cuba dinafikan oleh Perdana Menteri sendiri.

"macam mana soal Perdana Menteri boleh bersikap pembohong dalam meletakkan hak dan juga menjadi milik kepada negeri Terengganu dan juga rakyat negeri Terengganu,"tegasnya.

Beliau berkata rakyat Terengganu tidak akan berhenti memperjuangan hak mendapat royalti itu, sehinggalah hak tersebut diberikan kembali.

"Insyaa Allah dan kami tidak akan berhenti melainkan hak kami ini dikembalikan..... bendera terengganu adalah putih dan hitam, yang hanya kalau tidak hidup (adalah) mati sahaja.....

"dan kami tidak akan berhenti daripada pejuangan ini melainkan kami dikembalikan hak kami semula......,"tegasnya.

 

Komen:

Last Updated on Saturday, 12 January 2013 06:57