BuletinOnline

Media Informasi Terkini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita62/selamat%20ramadhan1.jpg

 

Wed09032014

Last update05:06:46 PM GMT

Back Berita Internasional Keputusan Mahkamah Bebaskan Ahli Sukan Cetus Bantahan

Keputusan Mahkamah Bebaskan Ahli Sukan Cetus Bantahan

  • PDF

KUALA LUMPUR - Kumpulan wanita Malaysia mempersoalkan satu keputusan mahkamah di sana yang membebaskan seorang pemain bowling negara itu yang mengaku salah mengadakan hubungan seks

dengan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, yang dilaporkan atas alasan tidak mahu menjejas "masa depanya yang cerah".

Panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan membebaskan Noor Afizal Azizan, Khamis lalu, yang sedang dalam probesen bagi kes merogol, dengan menterbalikkan keputusan mahkamah lebih rendah yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya.

Dalam keputusannya, salah seorang daripada tiga hakim berkenaan bersetuju dengan peguam Noor Afizal, menurut agensi berita rasmi Bernama, bahawa "kepentingan awam tidak dapat dijaga jika Noor Afizal dihantar ke penjara kerana dia mempunyai masa depan yang cerah".

Kumpulan Tindakan Bersama bagi Kesamaan Jantina, yang terdiri daripada enam kumpulan wanita utama di Malaysia, dalam satu kenyataannya semalam menggesa pihak kehakiman menjelaskan keputusannya itu.

"Kami bimbang bahawa potensi pelaku bagi 'satu masa depan yang cerah', yang barangkali terbit daripada statusnya sebagai seorang olahragawan negara, telah digunakan sebagai salah satu alasan bagi membuat keputusan," kata kenyataan tersebut.

"Pada permukaannya, keputusan itu kelihatan memberi gambaran penggunaan layanan dwistandard dengan membayangkan bahawa sesiapa pun dengan "bukti kelayakan" yang betul boleh melakukan jenayah dan dibebaskan dengan hukuman yang ringan," tambahnya.

Rakyat Malaysia lain turut menyuarakan kemarahan mereka dalam laman-laman jaringan sosial seperti Twitter.

Namun, peguam Noor Afizal, Encik Hisyam Teh Poh Teik, berkata Mahkamah Rayuan, yang keputusannya dianggap muktamad, hanya berpihak kepada satu keputusan mahkamah awal membebaskan Noor Afizal, yang telah mengambil kira semua faktor.

"Noor Afizal bukannya penjenayah," kata beliau kepada agensi berita AFP. "Tidak ada paksaan, tidak ada keganasan, tidak sama sekali... dan dia telah mengakuinya selepas insiden itu," tambahnya.

Noor Afizal mengaku bersalah mengadakan hubungan seks dengan remaja perempuan itu di sebuah hotel pada 2009 ketika dia berusia 19 tahun.

Sebuah mahkamah daerah awalnya membebaskannya dengan ikat jamin RM25,000 ($9,979) bagi tempoh lima tahun, tetapi mahkamah tinggi kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya, hingga membawa kepada rayuan berkenaan. - AFP.

 

Komen:

Last Updated on Monday, 13 August 2012 02:48