BuletinOnline

Media Informasi Terkini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita62/selamat%20ramadhan1.jpg

 

Thu10232014

Last update05:06:46 PM GMT

Back Artikel Pendapat Ekonomi Harimau Kertas

Ekonomi Harimau Kertas

  • PDF

1. Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan keajaiban kerajaan BN mengurus ekonomi negara. Pada tahun 1990, rakyat didodoikan pula dengan lagu “Wawasan 2020” menjanjikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

2. Hari ini semakin tersingkap bahawa slogan itu sekadar dendangan yang membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian.

3. Sekiranya pencapaian ekonomi negara dipertimbang berasaskan kepada pertimbangan model ekonomi semasa, Malaysia adalah tergolong dalam kategori negara yang sedang membangun dan berpendapatan sederhana.

4. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Jauh untuk menyaingi negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

5. Berasaskan kepada pencapaian tersebut di samping melihat pacuan dan hambatan ekonomi semasa, adalah sukar dalam tempoh kurang daripada sembilan tahun akan datang Malaysia boleh mencapai status negara maju pada tahun 2020.

6. Usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara menemui jalan buntu, sehingga kerajaan terpaksa “memecah tabung rakyat” bagi menampung perbelanjaan defisit yang terus berlanjutan. Sumber pendapatan negara kini ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik.

7. Bila tiada lagi tabung rakyat yang boleh dipecahkan, usaha mempelbagaikan sumber itu tertumpu pula kepada membuat hutang baru atas nama terbitan bon dan sebagainya. Dalam laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, hutang negara berbanding KDNK berada pada paras 53.7 %, iaitu satu kedudukan yang cemas bagi sebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.

8. Kesemua situasi seperti ini dapat disimpulkan dengan pandangan Idris Jala, bahawa hutang negara boleh mencapai RM 1 trilion menjelang 2019 dan boleh membawa kepada status muflis. Saya ingin bertanya kepada para pendukung DPP dan Generasi Milenium, melihat kepada situasi gawat ini, di mana hebatnya BN menguruskan ekonomi negara?

*** Artikel adalah tulisan Ustaz Nasrudin bin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Komen: