BuletinOnline

Media Informasi Terkini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita62/selamat%20ramadhan1.jpg

 

Fri11282014

Last update05:06:46 PM GMT

Back Home

Perang sudah bermula di Syria?

  • PDF

AMMAN: Askar Syria membedil dua kampung sepanjang malam selepas satu serangan tentera yang berpaling tadah ke atas askar yang taat kepada Presiden Bashar al-Assad, kata para aktivis semalam.

Ini berlaku sedang Syria menghadapi risiko perang saudara kerana tentera berpaling tadah semakin meningkatkan serangannya ke atas tentera rejim sekarang dan usaha diplomasi kelihatan gagal menyelesaikan krisis yang kian meruncing itu.

Serangan itu dilancarkan sehari selepas Liga Arab menggantung keanggotaan Syria dan memberi negara itu hingga akhir minggu ini agar mematuhi satu pelan damai Arab bagi menamatkan tindakan keras rejim itu ke atas pemberontak.

[Gambar - Tentera Syria berundur dari Hama]

Pemberontakan bersenjata yang tercetus, bersama beberapa protes secara aman di negara itu, bagi meminta peletakan jawatan Encik Assad, telah mendorong para pemimpin pembangkang menggesa pembantah agar terus mengadakan bantahan secara aman di tengah-tengah tindakan keras rejim pemerintahnya.

Lapan penduduk kampung cedera malam kelmarin, apabila kereta-kereta kebal membedil kampung-kampung Tal Minnij, Maarshamseh dan beberapa kawasan di sekelilingnya selama tiga jam, kata para aktivis.

'Ratusan keluarga telah meninggalkan kediaman mereka,' kata seorang aktivis, yang hanya menggelarkan dirinya sebagai 'Raed'.

Sukar mengesahkan serangan itu secara bebas kerana Syria telah menlarang kemasukan media asing sejak pergolakan di negara itu berlaku sekitar lapan bulan lalu.

Pakar-pakar berkata Syria kini di ambang perang saudara.

'Kami sedang bergerak ke arah itu dan semakin lama masyarakat antarabangsa dan Liga Arab menangguhkan (tindakannya), semakin cepatlah kami ke sana,' kata Encik Salman Shaikh, ketua Pusat Brookings Doha.

'Berterusannya sikap enggan berkompromi di kalangan beberapa negara, seperti Russia, akan kami ke satu suasana idak ada seorang pun yang mahu bercakap tentang politik dan (rakyat Syria) akan mula bertempur antara satu dengan lain,' kata Encik Shaikh kepada agensi berita AFP.

Pemberontakan sejak lapan bulan lalu di Syria semakin ganas, dengan kumpulan 'Tentera Bebas Syria', yang terdiri daripada para askar berpaling tadah, melakukan serangan nekad ke atas pangkalan tentera negara itu, dekat ibu kotanya, dan pihak pembangkang semakin terbabit dalam ketenteraan.

Terdahulu, askar berpaling tadah telah menyerang sebuah bangunan yang menempatkan depot pasukan tentera di kawasan Wadi al-Deif di hujung bandar Maarat al-Numaan, sekitar 290 kilometer dari utara Damsyik, kata para aktivis. -- Reuters, AFP.

Komen: