BuletinOnline

Media Informasi Terkini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita62/selamat%20ramadhan1.jpg

 

Thu10232014

Last update05:06:46 PM GMT

Back Berita Dalam Negeri Amalan Sihir, Pemujaan dan Khurafat; Siasat Untuk Pencegahan

Amalan Sihir, Pemujaan dan Khurafat; Siasat Untuk Pencegahan

  • PDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/120210%20019.jpgBukit Tunggal, KUALA NERUS Pihak berkuasa terbabit diminta menyiasat kejadian menceroboh kubur dan menanam ‘alat pemujaan atau sihir’ yang berlaku di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tunggal disini, hari ini, 12 Februari.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian, berikutan satu bungkusan kain berwarna putih telah ditemui oleh seorang penduduk ketika mejalankan operasi gotong royong membersihkan kubur tersebut.

(Gambar - orang ramai berkumpul melihat 'barang pemujaa' yang ditemui)


Menurut Dr. Alias, beliau dan penduduk menyangka ia adalah janin yang dibuang, namun apabila dibuka, terdapat beberapa barangan seperti telur, nasi, lada hitam, limau nipis dan jarum, dipercayai sengaja ditanam oleh pengamal sihir dan pemujaan.

”Mulanya kita menyangka, orang buang bayi, sebab dia ikat (kain) itu macam ikat mayat dan bentuknya macam janin (mayat bayi),

”sebab itu kita tak mahu buka (bungkusan kain) itu, jadi kita report (lapor) polis,”ujarnya ketika ditemui dilokasi.

Beliau kesal kerana masih ada pihak yang mengamalkan amalan sihir dan pemujaan serta tidak menghormati ‘orang yang telah mati’ dengan melakukan perkara tersebut diatas tanah pekuburan.

Justeru beliau menyeru supaya seluruh masyarakat Islam khusunya di Terengganu supaya meninggalkan perbuatan syirik dan khurafat kerana ia merosakkan aqidah Islam seseorang muslim.

”Kita berharap supaya amalan syirik dan khurafat jangan diamalkan, selain merosakkan aqidah, perbuatan itu juga tidak menghormati ‘mereka yang telah mati’,”jelasnya.

Walaupun mungkin menghadapi kesukaran dalam mencari jawapan sebenarnya, namun beliau menyeru supaya pihak-pihak yang menyiasat perkara tersebut.

”Payah juga bnda-benda begini, namun kita minta pihak berkenaan menyiasat (supaya dapat mencegah daripada terus berlaku),”tegasnya



Komen:

Last Updated on Wednesday, 17 February 2010 15:35