Iklan Rakyat



http://buletinonline.net/images/stories/berita17/dermasurau.gif
You are here: Home Berita Dalam Negeri Sokong Siasatan Dijalankan ke Atas Isu Bai’ah

Sokong Siasatan Dijalankan ke Atas Isu Bai’ah

E-mail Print PDF
SETIU – Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim, menyokong keputusan PAS Pusat dan berharap Majlis Syura mengadakan penyiasatan keatas ’bai’ah talak tiga’ yang dikatakan dibuat oleh sesetengah pemimpin parti.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/drazmanchaihing.JPGBeliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar yang memetik Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan, PAS sedang menyiasat amalan ’bai'ah’ tersebut, sedangkan tidak pernah ada sebarang arahan rasmi dibuat.

Menurut Dr. Azman yang juga bekas calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, bai’ah sedemikian tidak berlaku di kalangan pimpinan PAS Terengganu.

Katanya, sebagai calon yang akan bertanding, beliau sendiri melafazkan bai'ah atau sumpah setia, bukan hanya sekadar berjanji kepada pimpinan, tetapi juga berjanji kepada Allah.

”Sebagai seorang ahli parti yang pernah diamanahkan sebagai calon di DUN Jabi dalam PRU 12 baru-baru ini, saya rasa terpanggil untuk menjelaskannya kerana saya adalah salah seorang yang terlibat melafazkan bai'ah di hadapan Tuan Guru Presiden,”katanya ketika dihubungi.
 
Beliau masih ingat dengan jelas, katanya, pada petang 20 Februari 2008, bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, beliau melafazkan bai’ah atau sumpah tersebut dihadapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/drazman.jpg"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawa saya Azman bin Ibrahim setelah dipilih oleh parti untuk bertanding bagi kawasan N05 Jabi dengan ini bersumpah dengan nama Allah bahawa samada saya menang atau kalah, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangannya, sekiranya saya mengkhianati parti dan perjuangannya, maka saya akan dilaknat oleh Allah, para malaikat dan sekelian yang melaknat. Sekian."ujarnya mengulang apa yang diucapkannya hampir setahun lalu.

Kemudian, katanya, beliau menandatangani dokumen tersebut dan diserahkan kepada Tuan Guru (Presiden PAS), dan tidak ada apa-apa perkataan pun yang disebut berkaitan ‘cerai dan talak tiga’.

”Demi Allah yang menjadi saksi kepada setiap apa yang kita ucapkan dan setiap apa yang kita lakukan, tidak ada sama sekali lafaz untuk menceraikan isteri,”tegas Dr.Azman.

Last Updated ( Sunday, 15 November 2009 09:58 )  

BuletinOnline Channel

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Pengumuman

 

SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX

SEKIRANYA LAMAN INI

TIDAK DAPAT  DILAYARI

DENGAN INTERNET EXPLORER




Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

Surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu
Zakaria Dagang Tel: 019 9878 693
Hj Muhyidin Rashid Tel : 019 985 3735





Rayuan Sumbangan
Tabung Pembinaan

PASTI As-Solihin Kuala Terengganu

Mohd Soud Tel: 019 987 9332
Mazlan Ali Tel : 013 958 1737

_______________________________





Skim Wakaf Lantai  Pembangunan
Pusat Tarbiyah PAS Kuala Nerus
Batu Enam Kuala Terengganu
Hubungi ;
Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888

----------------------------------------





Skim Wakaf Lot Tanah & Bangunan
Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim,
Kg  Guntung Luar, Setiu

Tel : 0148424548/ 0139078640/ 0199891140

-------------------------------------------





Rayuan Sumbangan Tabung Pembinaan

Masjid Tahfidz Darul Iman
Tok Jiring,
Kuala Terengganu

E-mel: masjidmtt@gmail.com
Tel – 09 667 0102
Akaun Bank;
Maybank Berhad,
Account No:563064112631
-----------------------------------------------------



Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam
Darul Bayan, Dungun, Terengganu
Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975
@ Wan Md Adib Tel -  0139395693





SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX

SEKIRANYA LAMAN INI

TIDAK DAPAT  DILAYARI

DENGAN INTERNET EXPLORER








PROGRAM SANA-SINI PROGRAM SANA SINI







Derma Ikhlas dan Sumbangan bagi pembinaan surau Pejabat Perhubungan PAS Terengganu ;
Zakaria Dagang - 019 987 8693, Hj Muhyidin A Rashid - 019 985 3735




HANTAR BERITA/ARTIKEL


Penyertaan para pengunjung dialu-alukan untuk menghantar sebarang berita atau artikel. Hantarkan kepada ; buletinonline@gmail.com atau buletinonline@yahoo.com
Kami turut hargai
Sebarang cadangan  dan maklumbalas anda tentang kami

Penerangan & Info

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/barang%20naik%20copy1.jpg

Risalah Penerangan dan Infomasi 2010
Klik Untuk Download


http://buletinonline.net/images/stories/berita20/buletinDis09.jpg

Buletin Cetak
Klik Untuk Download
Muka Depan
Muka Dua
Muka Tiga
Muka Belakang