BESUT - Setelah menempuh perjuangan yang penuh cabaran selama setengah abad, PAS kini menjadi parti yang diharapkan melaksanakan amanah menyelamatkan Islam dan negara Malaysia.
Dalam tempoh masa tersebut, PAS telah berjaya menghapuskan kepercayaan karut orang Melayu terhadap Islam.
Menurut Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Shamsuri Mokhtar, pada suatu ketika, orang Melayu di satu negeri di pantai Barat semenanjung Malaysia lebih rela mengundi 'khinzir' yang bertanding atas lambang dacing daripada memilih calon daripada PAS.
(Gambar - Dr Shamsuri bersama pimpinan PAS Kawasan Besut dalam Majlis Iftar, di Alor Lintah, 2 September)
Sebaliknya kini, perubahan telah berlaku dalam pemikiran para pengundi di pantai barat, mereka telah memilih PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.
Dr. Shamsuri yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Besut mendedahkan, beliau telah dihubungi oleh beberapa orang bekas tokoh Umno yang bergelar Tan Sri dan Datuk.
"Mereka meminta untuk berjumpa, dan apabila saya berjumpa (mereka) telah meluahkan isi hati mereka yang kecewa kepada pemimpin Umno hari ini,"katanya ketika berucap dalam program ceramah umum di Alor Lintah, Jertih, 2 September.
Menurutnya, bekas-bekas tokoh Umno tersebut berkata Umno tidak lagi boleh diharapkan untuk menjalankan amanah pemerntahan negara.
Berita lanjut akan menyusul......
Dengar Ucapan Dr. Shamsuri di Buletinonlin Radio
Buletin Online - Media Informasi Terkini
PAS Menjadi Harapan Umat Melayu Islam
Skandal Projek Bantuan Atap Biru
- Nilai RM1.3 juta Syarikat Hanya Hantar RM400,000
KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencehgahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dua program kerajaan yang didakwa terlibat dengan unsur-unsur penylewengan dan salah urus.
Setiausahanya, Wan Faizul Wan Abas berkata, laporan dibuat berkaitan syarikat Top IT Industries Sdn Bhd ekoran pendedahan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkenaan program E-Book pada minggu lalu.
"Kita membuat satu laporan kepada pihak SPRM berkenaan dua isu, satu projek (berkait dengan program) E-Book (dan) satu lagi projek atap biru, yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu,"ujarnya ketika ditemui di pejabat SPRM selepas menyerahkan laporan tersebut, disini, semalam 1 September.
Katanya, kilang E-Book dibawah syarikat Top IT Industries Sdn Bhd didapati bermasalah, diantaranya kebocoran dan retakan-retakan yang besar yang jelas kelihatan melalui gambar yang diambil.
Beliau berkata, yang lebih penting adalah terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam projek E-Book dari segi pengendalian dan perbekalan kompuiter E-Book kepada para pelajar.
Selain itu, menurutnya, satu lagi laporan adalah berkait dengan skandal projek bantuan atap biru yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu,
"Sepatutnya (projek) atap biru ini diberikan kepada satu-satu syarikat secara tender terbuka, tetapi dibuat secara runding terus oleh pejabat Mnteri Besar yang bernilai RM1.392 juta,"jelasnya.
Beliau yang juga bekas pegawai tadbir negeri Terengganu berkata, menurut peraturan sepatutnya satu-satu tender yang melebihi nilai RM500,000 mestilah ditawarkan secara tender terbuka.
Oleh itu, tegas beliau, tindakan kerajaan negeri memberikan kontrak perbekalan atap biru kepada sebuah syarikat secara runding terus itu amat dicurigai ketelusannya
"Kita amat curiga terhadap projek ini yang dibrikan secara runding terus, lebih-lebih lagi aprojek ini apabila berjalan, atap biru yang sampai kepada rakyat sebanyak 7 treler sahaja,
"kos nilaiannya (hanya) RM426,360.00 sedang projek bernilai RM1.392 juta,"katanya.
Justeru beliau berharap, dengan membuat laporan tersebut pihak SPR dapat membuat siasatan secara telus dan menyeluruh kerana ia melibatkan wang rakyat.
Berita berkaitan;
Pendedahan Kebobrokan Program E-Book
Penyelewengan E-Book; Tiada Pemasangan Komputer
Kilang Pengeluar E-Book 'Bakal Runtuh'?
Bantuan Atap Biru Hanya Untuk 'Orang Biru'
Misteri ‘atap biru’; Tidak Pernah Memohon, Tiba-tiba Ada di Bawah Rumah
Ahmad Said Marah Jabatan Audit
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said menuduh Jabatan Audit seolah-olah mensabotaj kerajaan negeri kerana maklumat laporan audit keatas syarikat Top IT Industries Sdn Bhd. terdedah kepada umum.
Ahmad dipetik Bernama berkata, beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri memanggil pihak daripada Jabatan Audit yang dipercayai mendedahkan beberapa maklumat mengenai syarikat itu kepada pembangkang.
"Saya tidak faham mengapa Jabatan Audit telah memberi laporan berkenaan kepada pihak pembangkang jika ada berlaku perkara sedemikian. Apa tujuan Audit berbuat demikian seolah-olah hendak sabotaj kerajaan negeri dalam perkara ini?.
"Sepatutnya Audit memberi laporan terlebih dahulu kepada kerajaan sebelum mendedahkan kepada pihak lain jika ada sebarang perkara yang tidak kena berlaku," tegasnya
Sebelum itu, Ahmad telah memberi pengesahan bahawa, kilang Top IT Industries Sdn Bhd, syarikat yang memasang e-Book adalah selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada pekerjanya.
Beliau berkata perkara itu disahkan oleh juruperunding dan pembinaan kilang itu mengikut peraturan yang ditetapkan.
Kilang itu hanya mengalami keretakan biasa pada dinding yang tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahamad Nawawi pada Khamis lepas bahawa kilang anak syarikat kerajaan negeri berharga RM12 juta itu tidak selamat kerana retak selain tidak ada sijil layak menduduki (CF).
Menteri Besar berkata: "Sekarang CF sudah tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan lagi tetapi oleh juruperunding dan mereka menyatakan bangunan itu selamat untuk digunakan".
Beliau menegaskan bahawa kilang berkenaan hanya berharga RM7.9 juta dan bukannya RM12 juta seperti didakwa.
Pemimpin Tamak dan Korup!
- Agensi Pembangunan Tanah Gagal Tingkat Taraf Hidup Melayu
Tidak banyak perbezaan antara Felda dan Felcra; dalam penempatan Felcra, para penduduk mempunyai tanah dan bukan kerajaan. Kedua-dua entiti bertujuan untuk mengurangkan jurang ekonomi Melayu di luar bandar.
Tetapi menurut Pengerusi Persatuan Kebangsaan Anak-anak Peneroka Peneroka (ANAK) Mazalan Aliman, pada hari ini nasib penduduk Felcra adalah sama seperti saudara-saudara mereka dalam skim Felda.
Felcra ditubuhkan pada tahun 1966, selepas 10 tahun penubuhan Felda, dengan tujuan untuk mengembangkan tanah milik peribadi dalam usaha untuk meningkatkan status masyarakat Melayu dikampung-kampung.
Felcra membuka pemukiman dan perkebunan baru bagi mereka yang tidak mempunyai lahan. Pada tahun 1997, Felcra menjadi Felcra Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya milik kerajaan.
Akibat dari itu, tidak berapa lama kemudian ketamakan melangkah masuk ke alam Felcra
Menurut Mazlan, majoriti orang-orang kampong sedang ditindas akibat dari salah urus dan penyalahgunaan kuasa di Felcra.
Mazlan, yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS baru-baru ini telah mendedahkan 22 dokumen, lengkap dengan bukti, perincian tindakan penipuan yang didakwanya melibatkan Felcra.
Beliau berkata sebanyak 22 kes dikesan berlaku secara serentak melibatkan 90.000 penduduk kebangsaan.
Mazlan turut mendakwa di antara kes-kes penipuan adalah melibatkan penipuan dana di koperasi para penduduk , Koperasi Peserta-perserta Felcra Bhd, kontrak bernilai RM14.8 juta di Felcra Jemoreng, Sarawak, pembelian RM7 juta bon tanpa restu dan kelulusan daripada penduduk dan pemalsuan dokumen bagi kerja-kerja pertanian di Sabah.
"Yang nyata, peserta Felcra menghadapi masalah yang lebih serius berbanding penduduk Felda. Tetapi mereka tidak tahu kepada siapa mereka harus mengadu, "kata Mazlan.
Selain 22 kes tersebut, beliau juga mendakwa mempunyai bukti yang kukuh beberapa kes lain yang melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan yang akan didedahkannya dalam masa terdekat
"Ia bukan hanya berlaku di Felda dan Felcra, bahkan terdapat salah urus yang serius dalam beberapa agensi seperti Risda, Mida, Uda dan lembaga lain.
"Hanya ada satu penjelasan atas segala kepincangan ini, pemimpin negara yang korup yang hanya tertarik kepada keuntungan peribadi dengan mengorbankan dana awam," katanya.
Tolak pemimpin korup
Melalui Model Ekonomi Baru, kata Mazlan, ekuiti 30% boleh dicapai lebih awal "jika dan hanya jika" kerajaan telus dan menggerakkan agensi pembangunan tanah dengan betul.
"Ada beberapa agensi yang terlibat dalam pembangunan melibatkan berjuta-juta hektar tanah bernilai berbilion ringgit.
"Jika agensi pembangunan tanah yang dibentuk 50 tahun dulu telah berjaya tanpa rasuah, Bumiputeras telah pun mencapai 30% ekuiti sekarang," katanya.
"tiada kemiskinan tegar dan jurang ekonomi antara komuniti masyarakat dikurangkan.”tambahnya
Teresa persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?
Kenapa yang Datuk Hisyamuddin marah sangat apabila mengulas tentang isu YB Serdang tu sehingga mengungkitkan tentang beliau berhadas? "Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda”. Kata Hisyamuddin. Teresa Kok pulak membidas Hisyamuddin dengan katanya : "Hishammuddin patut cermin diri, semak sama ada beliau sendiri bersih sebelum menghukum orang lain.". Hihihi.. adakah Teresa pulak persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?
Hisyamuddin pun satu hal. Selesaikan masalah dalam kain UMNO Terengganu dulu. Mana dia tahu YB tu datang haid? Sampai begitu sekali dia perati dalam kain orang? Ish2. Kesihan Hisyamuddin. Kenapa mufti tak beri fatwa menyokong puak-puak UMNO ni dalam isu non muslim ke masjid ni?
PUTRAJAYA 30 Ogos - Umat Islam perlu tahu membezakan konteks lawatan ke masjid atau surau berbanding mempergunakan masjid bagi tujuan politik dalam keadaan tidak beradab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau yang terkilan dengan perkembangan politik di Selangor baru-baru ini, berkata, dalam kejadian itu, mereka yang memberi sumbangan datang daripada latar belakang parti sosialis yang selama ini semua maklum dan sedar tujuannya mahu membeli “jiwa” umat Islam supaya menyokong perjuangan dan pemerintahan mereka.
"Langkah ini tidak akan menjadi begitu menghiris jiwa orang Melayu jika majlis itu diadakan di pekarangan surau atau masjid berkenaan. "Jika kariah masjid atau surau itu beria-ria sangat hendak terima sumbangan daripada pihak sosialis, kenapa perlu langgar titah sultan. Mereka yang hendak memberi sumbangan tidak perlu pun hadir hingga ke ruang solat untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas laporan yang dipetik dari laman blog Selangordaily bahawa Ahli Parlimen Selayang, William Leong dibenarkan masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru untuk memberi bantuan.
Nampaknya gambar-gambar yang saya posting sebelum ini berkait tentang bukan Islam diseluruh dunia yang mengunjungi masjid mendapat komen yang tidak sedikit. Banyaknya macam penyokong UMNO sakit hati melihat gambar-gambar tersebut. Seolah-olah mereka tidak boleh terima bagaimana orang bukan Islam didekatkan dengan pusat kepada agama Islam. Realiti dan hukum yang bercanggah dengan kenyataan jahil pemimpin mereka. Puak-puak sekular ini memang berpegang kepada memisahkan agama dari kehidupan. Amat janggal kalau agama di sekalikan dengan agama. Sedangkan perjuangan PAS untuk menyatukan keduanya. Antara agama dengan kehidupan, politik, ekonomi, pentadbiran, sosial dan lain-lain. Sabarlah wahai ahli UMNO. Sedikit demi sedikit nanti anda akan faham erti Islam yang syumul. Berdoalah agar mendapat hidayah khususnya sempena bulan Ramadhan
YB ADUN daripada BN yang bukan Islam di Sarawak takpe pulak?
Apa beza fahaman UMNO yang nationalis dengan DAP yang sosialis. Kalau nak kata Sosialis itu ideology kafir. Sama sahaja dengan nationalis melayu. Perjuangan kebangsaan berasaskan bangsa melayu yang dipegang lebih 50 tahun oleh UMNO. Nak kata derhaka sultan Selangor kerana PR memerintah Selangor. Ini gambar di masjid Terengganu ni macamana? Derhaka Sultan Terengganu ke?
Kalau nak kata sumbangan kerana kepentingan politik? Apa kurangnya UMNO. Lihat gambar-gambar ni.

dalam masjid.. tutuplah jambul isteri tu MB Johor!
Logo UMNO-BN tak haram ke bawak dalam masjid? Takde kepentingan politik ke YB?
Kalau nak kata kehadiran itu tidak berakhlak? Nie Ching berbuka di kalangan muslimat. Bagaimana pemimpin UMNO ini?

Baca dari Sumber
Page 1 of 43
Terkini






